Sunday, August 17, 2008

Alam Wahtiku

0

Apa yang ingin aku nyatakan dan catatkan di sini adalah sebuah kebangkitan rasa yang mungkin tertekan atas sebuah kehidupan dan perkongsian.Bukan untuk membuka kelemahan, bukan juga untuk mengutip simpati kalian, tapi sekadar melepaskan suara bathin yang begitu nakal dalam senyap yang mengusik. Apa yang kalian baca nanti adalah sebuah hambatan lara dalam jiwa seorang Suami yang begitu tertekan dengan alam seks bersama isterinya. Ingat...aku bukan seorang penglipur lara cerita lucah...lalu aku pun mencuri sedikit ruang waktu kalian untuk menatap tulisan ini dan nasihati serta pandulah aku untuk mengecap saat BERSAMA dalam erti kata yang sebenarnya. Aku bagai hilang dalam menyatukan rasa kasih sentuhan pada isteriku tatkala aku tak tahu bahawa aku sedang apa sebenarnya saat itu. 

Aku seorang Suami yang berusia 31 tahun dan mempunyai sepasang anak yang comel dan amat manja dengan Babah mereka. Rumahtangga yang ku bina telah menjangkau ke usia 8 tahun dan aku begitu teguh untuk mempertahankannya. Aku tak punya sebarang masalah besar dalam hidup melainkan di alam Wathi (persetubuhan) dengan isteriku. Aku boleh dikatakan seorang lelaki yang bersederhana dalam apa juga hal, tetapi agak berselera tinggi dalam seks. 

Namun aku berjaya mempertahankan bahasa sebuah kecurangan demi sayangku pada isteri ku. Pada mulanya kehidupan Wathi kami tiada masalah..seperti biasa. Dan motif sebenar yang ingin aku utarakan dalam catatan ini adalah tentang LAYANAN dingin yang aku terima setiap kali bersama sejak 4,5 tahun kebelakangan ini. Cukup jelas dan cukup menyiksakan bagi seorang suami yang berselera sex tinggi seperti aku yg kalau boleh...hari2mau. Percayakah...aku tidak lagi dapat mengucupi bibir isteriku untuk bertahun2 lamanya.? Percayakah kalau aku katakan bahawa aku bagai mengadakan hubungan seks tanpa disulam dengan bisikan manje, usap belaian...dan percayakah kalian aku juga tidak dibenarkan menyentuh apa lagi mengentel syurga lelakiku itu? Aku tidak lebih dari seorang lelaki yang merimaskannya di ranjang sedang aku sebenarnya lebih dari cukup bagi memuaskan wanita di ranjang. Pernah aku teringat saat mula pengantin baru dulu...aku melayari bahtera itu secara penuh indah..dan dia berlabuh untuk ke tiga kalinya baru aku tiba ke destinasiku. Dan saat itu kini bagai satu mimpi ngeri yang bakal ku hadapi entah untuk berapa tahun lagi. 

Puas aku bertanya permasalahan yang timbul antara kami. Namun jawapan yang ku terima begitu kabur saat dia mengatakan selera seksnya telah berkurangan. Terlalu penat seharian di rumah menjaga anak-anak dan mengemas adalah alasan yang tak dapat aku terima. Setiap kali/hari aku ingin bersamanya pasti aku direnguskan dengan sikapnya yang suka merenggus terhadap aku. Aku seketika jadi takut untuk melakukan seks kerana aku akan menerima balasan yang amat mendukacitakan. Aku cuma belajar untuk menjadikan sabar sebagai perantara menyembunyikan sikap lelaki yang sebenar terhadapnya. Mestikah aku hilang akal dan melakukan sesuatu yang bukan-bukan? Pernah satu ketika nafsuku begitu memuncak untuk dilayarkan di lautan madu tetiba terkoyak rabak dan hilang dalam titsan airmata seorang lelaki. Aku tak dapat menggambarkan suasana ketika itu. Apa yang aku sedar...aku sedang berwudhuk dan kemudian aku solat dan membaca Yassin ditengah malam sebagai pendamai jiwa yang lara. Cuma di situ keindahan dan ketenangan yang aku rasa. 

Untuk menyangka isteriku punya lelaki lain adalah tidak benar dan tidak pernah terlintas di mindaku. Aku cukup yakin itu! Isteri ku seorang yang cukup rajin, pantas dan kemas dalam melakukan apa saja kerja di rumah. Terkadang kerajinan dan kebersihan yang ada padanya sedikit menjadikan aku rimas. Aku cukup kagum dengan sikapnya itu. Namun, tugas dan layanannya untuk aku di ranjang yang dingin cukup boleh menjadikan lelaki bertindak di luar dugaan andai tiada kesabaran. 

Aku cuba mencari punca permasalahan ini bertahun lamanya. Apa yang aku rasakan..layanan dingin itu mungkin adalah atas sikapku sendiri terhadapnya. Aku boleh dikatakan lelaki yang kurang membantu isteriku di rumah. Ada la sesekali melipat kain baju dan membasuh pinggan mangguk. Mungkin juga kerana sikapku yang terus terang menyatakan akan berkahwin lagi sebagai cuit senda hidup kami menjadikan dia hilang rasa terhadap ku. Namun dari isu itu, aku memang tiada wanita lain walau kalau aku mahu, pasti aku dapat. Lelaki mana yang tak mahu kawin lagi? Tanyakan mereka yang bergelar suami. aku tak pernah mencuba untuk memulakan niat yang ada di hati setiap suami itu. Aduss... 

Pernah ketika sewaktu kami sedang melayari bahtera, katanya " Pergilah kawin lain Bang, saya dah tak tahan ngan abang..ari2mau dan besar sangat" Apakah maksud kata-katanya itu? Aku semakin ditenggelami punca layanan dingin aku terima. Apakah sikap aku yang begitu terbuka terhadap isu poligami itu menjadikan dia begitu? Aku ada point untuk berbuat demikian. Sebabnya, kerana aku tak mahu jadi lelaki yang tak punya wataknya sendiri. 

Aku lemas sekarang. Lemas dalam nafsu seks ku yang memberontak. Bukan sahaja nafsu.. malah sikap romantis dan lucu yang aku miliki ini bagai tiada lagi tempat untuk ku curahkan pada seorang yang bergelar wanita. Anak-anaklah pendamai rasa..merekalah tempat aku bermanja. Aku terima hakikat ini. Redha dengan ketentuaNYA. Ini adalah yang mesti aku terima...dan terima 

Di sini aku cuma ingin meminta pandangan dan nasihat kalian apakah yang mesti aku lakukan untuk aku menghadapi konflik jiwa ini seterusnya. Aku mahu keindahan alam Wathi itu cukup indah dengan gabungan seni dan curah kata manja dan usap belaian yang amat geli memberahikan itu. Apakah mungkin ku nikmati saat itu kembali? Apakah dengan isteri ku juga? atau dengan.... 

Sekali lagi...catatan ini bukan rekaan. Catatan ini bukan daya khayalan...ia sebuah kenyataan yang benar dari seorang suami dan suami itu adalah aku! Aku mohon pandangan dan kerjasama kalian dalam menyelesaikan konflik ini. Hubungi aku di lickiss69@hotmail.com dan aku amat berbesar hati untuk menyambut email dari kalian. 

Aku tak punya cerita lucah dan aku sebenarnya melepaskan apa yang cuba aku pertahankan dijiwaku selama ini...selamilah!

0 comments:

Post a Comment